ARTIKEL

Lebih 80,000 kes gigitam haiwam di Sarawak sejak 2017

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Sarawak merekodkan sebanyak 88,606 kes gigitan haiwan sejak 2017, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya meskipun bukan semua kes berpunca daripada haiwan berpenyakit anjing gila atau rabies, angka tersebut masih membimbangkan.

Beliau berkata sejak 2017, jumlah kes rabies manusia di Sarawak ialah 72 dengan 65 atau 90.3 peratus daripadanya melibatkan kematian.

“Saya sangat berharap angka ini tidak akan meningkat dalam masa terdekat ini,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri II negeri bagi Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Ucapan Abang Johari dibacakan pada pembukaan Persidangan Asia Pasifik mengenai Penyakit Zoonotik dan Tropikal Terabai 2023 di sini semalam.

Beliau berkata jangka hayat penduduk Sarawak ialah 76.5 tahun iaitu antara yang tertinggi di Malaysia, justeru menunjukkan negeri itu mempunyai populasi yang sihat dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang baik.

Bagaimanapun, negeri itu masih berdepan ancaran rabies dan banyak lagi penyakit zoonotik seperti malaria monyet dan leptospirosis. 

Beliau berkata kerajaan Sarawak komited untuk membina Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) iaitu suatu pusat penyelidikan, membabitkan kos RM200 juta.

Kemudahan itu yang terletak berdekatan Pusat Jantung Sarawak di Samarahan, akan mempunyai makmal bertahap Keselamatan Bio Tahap Tiga, sekali gus memperhebatkan lagi penyelidikan mengenai penyakit berjangkit.

Sementara itu, persidangan tersebut yang dihadiri lebih 500 peserta dari pelbagai negara, antara lain menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan dan orang awam mengenai penyakit zoonotik dan tropikal terabai, selain menjadi platform perkongsian maklumat ke arah pencegahan, kawalan dan rawatan penyakit-penyakit tersebut.

– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Hapus penyakit denggi, bersih kawasan rumah

SARATOK: Kes denggi telah dikesan di kawasan Kampung Melango Baru dan Kampung Melango Hulu di sini pada 16 Februari lepas. Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Penghormatan terakhir buat Kiptum

ELDORET: Beratus-ratus orang berkumpul di hab olahraga Kenya di Eldoret pada Khamis untuk penghormatan terakhir bagi pelari maraton dunia, Kelvin Kiptum yang meninggal dunia pada

Capai sasaran tingkatkan pendapatan komuniti tani

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) serta jabatan dan agensi di bawahnya diseru supaya terus komited dan berdedikasi menyampaikan khidmat kepada rakyat

Dendang nurani malam bersama Palestin

DEWAN Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) menganjurkan persembahan Dendang Nurani-Malam Bersama Palestin di Balai Budaya sebagai tanda laungan keadilan sisi kemanusia, barubaru ini. Acara

Lebih 123,000 syarikat berdaftar dengan CIDB

KUALA PERLIS, Perlis: Sejumlah 132,579 syarikat telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat Januari lepas. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick,