ARTIKEL

Lebih 9,000 guru baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memperoleh jumlah perjawatan guru baharu itu daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri tahun depan.

“KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah perjawatan guru ditambah mengikut keperluan sekolah berikutan masalah kekurangan guru dikenal pasti sebagai antara punca pertambahan beban tugas kepada guru sedia ada.

“Kekurangan guru paling signifikan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi (RBT).

KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah guru ditambah dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) sama ada masalah kekurangan guru termasuk ramai guru bersara awal menyebabkan beban tugas bertambah kepada guru yang sedang dalam perkhidmatan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) mengenai kebajikan dan kemudahan infrastruktur bagi guru di kawasan pedalaman susulan kes guru besar di sebuah sekolah di Sabah terpaksa tinggal di stor sekolah, Hui Ying berkata, KPM sedang mengambil tindakan susulan bagi isu itu.

“Tindakan susulan sedang dibuat untuk kenal pasti punca berlaku insiden itu (guru tinggal dalam stor sekolah) dan kita akan urusan setiap isu itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, pada sesi sama Hui Ying berkata KPM turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini yang memutuskan bahawa penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular adalah sah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Supang Lian sebulat suara memutuskan demikian selepas menolak rayuan difailkan empat badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Majlis Pembangunan Pendidikan Islam (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU