ARTIKEL

Lebih 9,000 orang awam terbunuh di Donetsk sejak 2014

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 9,152 orang awam termasuk 233 kanak-kanak terbunuh dan 13,530 lagi cedera di Republik Rakyat Donetsk (DPR) sejak Mei 2014, lapor Sputnik memetik misi DPR ke Pusat Kawalan dan Penyelarasan Bersama (JCCC) bagi isu berkaitan jenayah perang Ukraine pada Isnin.

Menurut misi itu, sejak 17 Feb 2022, 4,778 orang awam terbunuh, termasuk 142 kanak-kanak.

Dalam tempoh itu, Angkatan Bersenjata Ukraine membedil wilayah DPR sebanyak 28,767 kali dengan lebih 156,000 butir peluru.

Selain itu, sejak Februari 2022, lebih 3,300 kemudahan infrastruktur awam rosak, termasuk 193 kemudahan perubatan dan 674 institusi pendidikan, menurut misi itu. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

Dadah RM2.7b dalam kargo pisang dirampas

LONDON: Rampasan dadah berat terbesar di Britain menyaksikan narkotik dengan nilai jalanan £450 juta (RM2.7 bilion) dirampas dalam kargo pisang, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC)

BERITA TERBARU

TYT Sarawak bulih gelar Pehin Sri

KUCHING: Tuai Pemegai Menua (TYT) Nengeri Sarawak, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar udah nerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Satria Bintang Sarawak (S.B.S) ke

Pelabuhan Bintulu peneraju pelabuhan Sarawak

KUCHING: Pelabuhan Bintulu adalah peneraju pelabuhan Sarawak, bukan sahaja dari segi eksport gas asli cecair (LNG) tetapi juga terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur,