ARTIKEL

Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Lebih 960 spesies kupu-kupu ditemukan di Borneo dan 81 daripada spesies berkenaan ialah endemik, kata Timbalan Ketua Konservator (Penyelidikan dan Pembangunan) Dr Arthur Y.C Chung.

Beliau berkata, alam semula jadi di Borneo, dengan 15 jenis hutan berbeza terutama hutan, gunung, menyediakan habitat semula jadi bagi kupu-kupu tropika untuk berkembang dengan baik.

“Kita mempunyai hutan gunung seperti (Gunung) Kinabalu, Banjaran Crocker, (Gunung) Trusmadi… kita juga ada hutan dipterokarpa campuran, dipterokarpa bukit dan tanah rendah yang sangat kaya dengan biodiversiti,” katanya ketika berucap semasa pelancaran buku bertajuk A Guide to Butterflies of Borneo.

Buku itu dilancarkan oleh Presiden The Singapore Gardening Society Tan Jiew Hoe yang turut dihadiri Ketua Konservator Hutan Sabah Datuk Frederick Kugan dan Pengarah Natural History Publication (Borneo) Chan Hin Ching.

Chung yang juga penulis utama buku berkenaan berkata beliau gembira kerana selepas lima tahun menunggu, buku terbabit berjaya dihasilkan, memaparkan gambaran kepelbagaian dan keindahan kupu-kupu di Borneo.

Beliau turut berkongsi berkaitan kupu-kupu bersayap burung Rajah Brooke dengan nama saintifik Trogonoptera brookiana, yang merupakan kupu-kupu kebangsaan Malaysia, dan kupu-kupu sayap burung Kinabalu atau dikenali sebagai Troides andromache, kupu-kupu jarang jumpa yang diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah.

Kupu-kupu Rajah Brooke ditemui oleh Sir Alfred Russel Wallace dan dinamakan bersempena dengan James Brooke, Raja Putih Sarawak dari 1841 hingga 1868, manakala kupu-kupu Kinabalu pula diisytiharkan sebagai kupu-kupu negeri Sabah oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri pada Oktober tahun lepas.

Sementara itu, Tan berkata karya komprehensif buku itu menandakan peristiwa penting dalam kajian kupu-kupu, menawarkan rujukan muktamad untuk meneroka dunia kupu-kupu Borneo yang mempesonakan, sambil menjadi mercu tanda pengetahuan, menerangi keindahan dan kepelbagaian keajaiban serangga bersayap itu di Borneo.

“Buku ini bukan sahaja membongkar misteri kupu-kupu, tetapi juga menghargai peranan penting serangga itu dalam ekosistem,” kata Tan.

Buku berharga antara RM180 hingga RM200 itu setebal 436 halaman dengan gambar berwarna 158 spesies kupu-kupu yang memukau dengan tiga subspesies, bertujuan meningkatkan kesedaran dan meraikan kepelbagaian kupu-kupu tropika daripada spesimen eksotik dan besar kepada yang biasa dijumpai di Borneo.– Bernama

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU