Lebih banyak pusat mengundi dibuka

KUCHING: Lebih banyak pusat mengundi dijangka dibuka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 akan datang sekali gus memberi kekangan kepada Kontinjen Polis Sarawak dari segi kekuatan anggota untuk bertugas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, ia kerana di setiap pusat mengundi termasuk pusat pembuangan undi akan menempatkan sekurang kurangnya seorang anggota polis.

“Garis panduan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kempen tidak dibenarkan secara berkumpulan malah ketika pengundian juga tidak dibenarkan terlalu ramai orang masuk ke dalam pusat mengundi.

“Jadi mungkin akan dibuka lebih banyak lagi pusat mengundi bagi mengurangkan jumlah orang berkumpul. “Justeru, ia juga menambahkan bilangan anggota polis yang bertugas,” katanya dalam sesi pertemuan eksklusif bersama Suara Sarawak, semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak