ARTIKEL

Lebih banyak rumah ibadat dibantu dibina di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abang Johari (tengah) bergambar bersama pada Majlis Apresiasi Unifor, di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.FOTO: UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu membina dan menaik taraf lebih banyak rumah ibadat bagi agama Kristian, Hindu dan yang lain di negeri ini pada tahun depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata untuk tujuan itu, dana sebanyak RM100 juta akan disalurkan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor)  tahun depan.

“Dengan itu, semua rakyat dapat bersembahyang dengan selesa dan akan lebih banyak orang pergi sembahyang.

“Ini prinsip saya untuk berkongsi dengan semua. Mudahan negeri kita sentiasa aman dan rakyat hidup aman makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Apresiasi Unifor, di sebuah hotel terkemuka, di sini, hari ini.

Sehubungan itu jelas Abang Johari, pengoperasian Unifor bukti komitmen Kerajaan Sarawak dalam mempraktikkan polisi inklusiviti untuk semua kaum dan agama di Sarawak.

Katanya, ia selaras dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 2030 (PCDS 2030), dengan membolehkan Sarawak berkhidmat kepada semua masyarakat di negeri ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU