ARTIKEL

Lebih dua dekad jual ikan segar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERMULA dengan memborong ikan segar di Pantu, Teruni Jengkon kini sudah 22 tahun berniaga ikan segar di Pasar Tamu Simanggang.

Beliau yang berasal dari Lachau kini menetap di Simanggang yang dahulu dikenali sebagai Sri Aman kerana mengikut suaminya, Ronald Jeluing yang bekerja sebagai penjawat awam di daerah itu.

Teruni yang juga ibu kepada dua anak itu mengambil keputusan menjual ikan pada 2001 bagi membantu suaminya untuk menampung pembelajaran anak bongsu mereka, Margaret Durie yang melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah.

“Pada awalnya saya hanya memborong ikan dari Pantu untuk dijual di Pasar Tamu Simanggang.

Antara ikan yang dijual adalah ikan baung, tapah, buing, banta, keli dan toman.

“Motosikal merupakan satusatunya pengangkutan saya untuk membawa jualan ikan ke pasar tamu itu,” katanya yang bangun seawal 3 pagi untuk ke Pantu dari Simanggang yang jaraknya sekitar 66 kilometer.

Teruni sampai di pangkalan Pantu sekitar 4 pagi untuk memborong ikan dan tiba di Simanggang semula sekitar 8 pagi.

Menurutnya, jualan ikan segarnya itu mendapat sambutan meriah di pasar kerana

warga di situ gemar dengan ikan dari Pantu

“Disebabkan permintaan semakin meningkat, saya kemudian membawa anak sulung saya, Timothy untuk memandu kereta ke Pantu bagi memborong lebih banyak ikan segar.

“Saya juga mengupah pekerja tambahan untuk membantu saya di pasar,” katanya yang memerlukan pekerja membantunya menyiang dan memotong ikan mengikut cita rasa dan permintaan pelanggan.

Kesegaran ikan yang dijualnya menjadi tarikan utama pelanggan di situ.

Menurut Teruni, pada 2008, beliau beralih ke Lubok Antu untuk memborong ikan susulan bekalan ikan segar di Pantu mula berkurangan.

“Keluarga di Lubok Antu memperkenalkan saya kepada pembekal ikan tilapia merah di kawasan itu.

“Sejak itu, saya berjinak-jinak menjual tilapia merah dan merupakan satu-satunya pembekal ikan itu di pasar ikan

. “Ketika itu ikan tilapia merah mendapat permintaan yang tinggi dan saya cuba menarik lebih ramai pelanggan dengan mencadangkan mereka pelbagai resipi ikan tilapia merah,” jelasnya.

Selepas beberapa bulan menjual tilapia merah, Teruni mula menjual ikan lain dari Lubok Antu iaitu ikan sultan dan mendapat sambutan menggalakan.

Namun disebalik keuntungan dan senyuman Teruni sebagai seorang penjual ikan, beliau juga tidak terkecuali daripada menghadapi cabaran antaranya, risiko perjalanan ke Pantu dan Lubok Antu.

“Saya pernah mengalami banyak kali kemalangan ketika perjalanan ke Pantu dan Lubok Antu, semua ikan diborong juga tumpah di atas jalan raya menyebabkan saya tidak dapat berniaga untuk beberapa hari, sekali gus mengalami kerugian.

“Bukan itu sahaja, kerosakan atau tayar pancit juga adalah perkara biasa untuk saya ketika dalam perjalanan,” jelasnya.

Malah Teruni juga pernah jatuh pengsan ketika berniaga akibat terlalu letih dan bekerja keras untuk keluarganya.

Tidak lama selepas itu, ketika pandemik COVID-19 melanda dunia pada 2020, ia menjadi mimpi terburuk buat Teruni kerana tidak dapat berniaga selama beberapa bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Keadaan itu juga memberikan impak yang besar terhadap kewangan keluarganya memandangkan suaminya ketika itu sudah bersara.

Namun Teruni tidak pernah berputus asa dan masih berniaga ikan segar sehingga kini walaupun terpaksa bersaing dengan penjual ikan yang lain serta pasaran ikan di pasar raya.

“Kini semakin ramai peniaga yang menjual ikan tilapia merah, sultan dan tengadak.

Keuntungan pun tidak seberapa berbanding zaman dahulu, hanya saya menjual ikan tersebut.

“Namun saya tidak menyalahkan mereka kerana mereka juga mencari rezeki seperti saya,” ujarnya.

Harga ikan yang semakin mahal turut menjadi cabaran buat Teruni yang menurutnya ramai pelanggan kini memilih ikan yang lebih murah untuk lauk harian.

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan