ARTIKEL

Lebih empat dekad kembara putera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong.

PUTERA didaftarkan secara rasmi pada 4 April 1980 dengan nombor pendaftaran: 45/80.

Sepanjang tempoh itu, PUTERA didukung oleh ahli jawatankuasa, penulis dan aktivis yang silih berganti.

Antaranya Jeli Bohari Biha, William Chan, Abu Bakar Matasan, Adi Badiozaman Tuah, Muradi Amir,Jamalulalam Shani, Hamli Biha, Zainudin Ibrahim, Ajijah Luntar, Gapor Isa, Mohd. Fauzan Narudin, Jamululalam Shani, Zainal Abidin Suhaili, Za’abaie Shuaini, Basri Abdillah, Pharo Abdul Hakim, Hipani Alwi, Badui Une, Benedit Talip, Man Seliman, Johan Sutrio, Mokhtar Abdul Ghani, Zaliha Hassan, Monir Yakub, Hamzah Dadu, Ting Mee Ting, Telani Hanapi, Zaini Ahmad, Ali Hussin Abang, Sapiah Joll, Poul Nanggang, Jaya Ramba, Siti Rokiah Matali Dayangku Ratna Pengiran Hamzad, Maliah Adenan, Zaiton Hamid, Abang Ismail Julhi, Amirullah Andi Nur, Abang Daud Abang Taha, Clare Cinderella, Sudan Ajang, Norasmah Othman Pawi, Masdiana Hamdan, Dr. Haizam Junaidi, James Nibong, Abang Median Abang Said, Sriwati Labot, Piee Ling, David Bululok, Frankie Latit, Nur Ilyani Alias, Mohamad Zakri Zakaria, Clayton Robert, Helena Henry Lajang, Juni Hj. Noor, Harry Usop Umbar, Syed Atiq, Azrinna Jamahari, Clariessa Kesulai, Jerrah Pandin, Awang Alfizan, Abdul Aidil Aziz, Marilyn Albert Matu dan lainlain lagi.

Semenjak 2003, PUTERA diterajui barisan penulis dan aktivis lebih muda tetapi penuh semangat, cita-cita dan kreativiti. Jawatankuasa Kerja 2023-2024 ialah:

Ketua I: Zainal Abidin Suhaili

Baca lain  RYAN HAN PEMAIN YOYO dan EMSI berbakat

Ketua II: Poul Nanggang

Setiausaha I: Jaya Ramba

Setiausaha II: Abang Median Abang Said

Bendahari: Sapiah Joll

AJK: James Nibong Azrinna Jamahari

Marilyn Albert Matu

Helena Henry Lajang

Za’abaie Shuaini

Joni Hj. Noor

Juruaudit: Zaiton Hamid Yusran Junaidi Sepanjang perjalanan lebih dari empat dekad, PUTERA bersama DBP Cawangan Sarawak, Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS), Pustaka Negeri Sarawak, Miri, Majlis Bandaraya Miri, Institut Perguruan Guru, Miri dan agensi lain berjaya menganjur dan menyelenggara beberapa aktiviti bercorak bahasa dan sastera peringkat tempatan, negeri, kebangsaan dan serantau.

Antaranya Seminar Penulisan Kreatif (1980), Manifestasi Budaya Sarawak (1980), Kursus Pengenalan kepada Kritikan Sastera (1984), Bengkel Penulisan Cerpen dan Cerita Kanak-kanak (1985), Rancangan Sastera di Udara (1986), Dialog Borneo I (1987), Bengkel Asas Penulisan Berita (1989), Perkampungan Puisi Kenyalang I (1989), Malam Puisi Miri 1 (1990), Malam Puisi Miri II (1991) Persembahan Bangsawan Panji Asmara (1993), Randau Bersama Sasterawan Negara, A. Samad Said (1993), Malam Puisi Miri (1995), Perkampungan Penulis Sarawak (1996), Simposium Penulis Pelbagai Kaum I (1999), Kursus Penulisan Rencana (1999), Kembara Sastera Nusantara (2001), Malam Mesra Sastera Nusantara (2001), Perkampungan Penulis Sarawak 3 (2002), Bengkel Penulisan Novel (2003) Festival Puisi Tradisi (2004), Malam Puisi Islam (2005), Kolokium 25 Tahun PUTERA (2005), Sayembara Deklamasi Puisi dan Pertandingan Membaca Jawi (2007), Festival Puisi Khazanah Dunia (2008) Perkampungan Pengarang Sarawak (2009), Dialog Teluk ke-VII (2010), Diskusi PUTERA (2011), Simposium Penulis Pelbagai Kaum (2012), Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri (2012), Malam Percikan Puisi Baram (2012) Kembara Sastera PUTERA ke Pontianak, Indonesia (2013), Randau Karya Penulis PUTERA (2014), Bengkel Penulisan ITBM-PUTERA (2014), Randau Bersama Sasterawan Negara (2015), Malam Puisi PUTERA (2015), Wacana Pemikiran Abizai dalam Puisi (2017), Majlis Pelancaran dan Bicara Buku Penulis PUTERA di Guangxi University For Nationalities, Nanning, China (2017), Semarak Sastera PUTERA (2018), Simposium Penulis Sabah dan Sarawak (2019), Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri (2019), Bengkel Penulisan Kreatif Pelajar Sekolah Menengah (2019), Bengkel Perolehan Manuskrip Buku Sastera (2019), Pelancaran Sayembara Penulisan Kreatif PUTER dan Randau Sasterawan Negara (2019), Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Penulisan Kreatif PUTERA (2019), Majlis Makan Malam Meraikan Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara 2017 (2021), Malam Pengucapan Puisi Bandar Raya Miri 2022.

Baca lain  Pelbagai jenis kerusi jadi pilihan

Pada 2023, pula PUTERA mengadakan Festival Sastera PUTERA yang diisi dengan Randau Buku Penulis Sarawak, Hari Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2023 dan Bengkel Perolehan Manuskrip Kumpulan Cerpen.

Randau Buku Penulis Sarawak berlangsung pada 28 Julai 2023 di Dewan Utama, Institut Perguruan Kampus Sarawak, Miri dengan kerjasama Institut Perguruan Kampus Sarawak, Miri dan DBP Cawangan Sarawak, dihadiri sekitar 300 guru pelatih dan peminat sastera tempatan.

Tujuh makalah dibentang berkaitan buku terbaharu tulisan penulis Sarawak. S.M. Zakir membentangkan “Social Subspecies: Kekuasaan Pengarang dalam Konsep Pan Opticon Faoucauldian dalam Bara Senja dan Pujangga Kotemporari.”

Poul Nanggang membentangkan “Menelusuri Kumpulan Puisi Loriculus Stigmatus, Kauberi Permata, Kulukis Menjadi Kata dan Peluru Guru dari Penjuru Mata Sosial Kehidupan.

Basri Abdillah mengetengahkan “Keluhuran Konsep Tasawuf Tazkiyah al-Nafs dalam Kumpulan Puisi Mutakhir Abizai.”

“Budaya Keluarga Beserta Strukturnya dalam Kumpulan Cerpen, Cinta Maharani” pula dibentangkan oleh Jaya Ramba.

Kertas kerja Ja’afar Hamdan pula bertajuk “Prinsip Sastera Pelancongan dalam Kumpulan Puisi Telok Melano, Stanza Terakhir Seorang Lelaki”.

Baca lain  SARAWAK ke arah industri PENTERNAKAN

Bengkel Perolehan Manuskrip Kumpulan Cerpen pula diadakan pada 29 hingga 30 Julai 2023 di Galeri Multimedia, Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Disertai 16 peserta.

Bengkel ini dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Buku Sastera, DBP Kuala Lumpur dan Pustaka Negeri Sarawak.

Bengkel dibimbing oleh Jaya Ramba dan Abang Median Abang Said.

Peserta juga mendapat tip penulisan yang berharga daripada tokoh jemputan, S.M. Zakir, Penerima SEA Write Award 2011.

Hari Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak 2023 telah berlangsung pada 29 Julai 2023 di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA), Pustaka Negeri Sarawak, Miri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. Majlis diisi dengan persembahan deklamasi puisi, puisidra dan lagu puisi.

Kemuncak majlis ialah penganugerahan Tokoh Puisi Kebangsaan Sarawak 2023 kepada Jeli Bohari Biha, mantan Ketua 1 PUTERA yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Ja’afar Hamdan.

Penerima anugerah membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, warkah pengiktirafan dan buku.

• Penulis ialah Ketua I PUTERA

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh