ARTIKEL

Foto Facebook/Rais Yasin

Lebih proaktif guna teknologi hijau dalam sektor  perkilangan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JASIN: Kerajaan Negeri Melaka menggalakkan sektor perkilangan untuk lebih proaktif menerapkan penggunaan teknologi hijau, sekali gus dapat meminimumkan kesan terhadap alam semula jadi dan mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata usaha itu seperti penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen pengeluaran bersih bagi setiap penghasilan produk.

“Penerapan teknologi dan proses yang efisien oleh kilang-kilang ini dilihat mampu mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.

“Usaha ini sejajar dengan usaha Melaka ke arah sebuah bandar pintar dan teknologi hijau selain sasaran kita mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau atau Greenhouse Gas (GHG) hingga 45 peratus intensiti karbon,” katanya kepada pemberita di Politeknik Merlimau di sini pada Sabtu.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 peringkat negeri dan turut dihadiri Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri Rosli Mustafa dan Ketua Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka Ismail Hashim.

Mengulas lanjut, Rais berkata kerajaan negeri juga komited dalam menyokong program-program berbentuk kemasyarakatan dan kesukarelawanan seperti aktiviti gotong-royong bagi menggalakkan orang ramai terus mengekalkan kebersihan, keindahan dan keceriaan alam sekitar.

Beliau berkata selain itu, pelbagai organisasi seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat multinasional, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi komitmen dengan program Rakan Strategik Alam Sekitar.

“Ini juga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk melibatkan semua sektor serta komuniti setempat bagi menjayakan program kesedaran terhadap usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata cadangan pembinaan Loji Sisa ke Tenaga (WTE) atau insinerator di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang kini di peringkat terakhir kelulusan dan hampir pasti dapat direalisasikan.

Beliau berkata pihaknya amat berharap pembinaan loji baharu itu dapat diluluskan memandangkan tapak pelupusan sedia ada kini semakin sesak.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU