Lebih ramai penduduk B40 Miri akan terima dekoder digital percuma

MIRI: Pengagihan dekoder MyFreeView percuma untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) B40 di Miri, akan dilakukan lagi bulan hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut Dr Ting Tiong Choon berkata mereka yang layak menerima dekoder tersebut, namun tidak tersenarai dalam pengagihan esok hari ini dan esok akibat kekurangan stok dekoder tersebut, tidak perlu risau.

“Sejumlah 1,500 dekoder akan diagihkan kepada penerima yang layak mulai hari ini dan esok, dan kepada mereka yang masih belum menerimanya, mereka boleh mengambilnya bulan hadapan,” katanya kepada media selepas meninjau proses pengagihan dekoder tersebut di Sekolah Menengah Pei Min di sini hari ini.

Dr Ting berkata, mereka yang masih belum menerimanya dalam proses pengagihan hari ini dan esok, mereka boleh berikan nama dan nombor telefon supaya mudah untuk dihubungi, apabila dekoder mereka tiba di Miri untuk diagihkan.

Mereka yang layak menerima dekoder berkenaan di bandar Miri, boleh mengambil dekoder masing-masing di Sekolah Menengah Pei Min dari jam 8.30am hingga ke 4.30 petang hari ini dan esok, dengan membawa Mykad masing-masing untuk pengesahan.

Orang ramai boleh memeriksa kelayakan menerima dekorder melalui SMS ke 15888 dengan menaipkan MYTV (jarak) DEKODER(jarak) No Mykad, atau email ke www.mytvbroadcasting.my/B40, or telefon pusat servis MyFreeView  di talian 1300 806 988 or 1800 181 088.

Suara Sarawak