ARTIKEL

Kho Teck Wan berucap pada hari terbuka berkenaan mewakili Dr Sim.

Lebih ramai profesional perubatan diperlukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih ramai profesional dalam bidang perubatan diperlukan seiring dengan pemilihan Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh syarikat terkemuka, Roche Pharmaceuticals, sebagai tapak untuk ujian klinikal pertama dalam manusia (FIH).

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Kho Teck Wan berkata, ia juga sejajar dengan kehendak Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Premier (Abang Johari) menyeru para pelajar untuk sekurang-kurangnya masuk ke bidang sains selari dengan kemajuan yang sedang berlaku pada masa kini.

“Kita menuju ke arah ekonomi hijau, jadi cuba lakukan sesuatu. Cuba lihat dan kenal pasti apa yang anda suka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, pada Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan Kolej Cyberjaya di sini, hari ini.

Sementara itu tambahnya, beliau berkongsi dengan para pelajar tentang tiga perkara penting yang perlu dicari untuk mencapai kejayaan termasuk mengetahui apa yang diminati.

“Apabila anda melakukan sesuatu pada jam pertama sehingga terleka sudah masuk ke jam keenam, maka tahulah bahawa itu sesuatu yang anda suka.

Baca lain  Ceramah Perdana Bandar Rayaku sempena Pesta Kuching 2023 4 Ogos 2023, Jumaat, 6 petang, Masjid Darul Hana, Petra Jaya, Kuching.

“Seterusnya, anda perlu mengetahui kemahiran tersendiri.

“Akhir sekali, anda perlu memastikan apa sahaja yang anda lakukan boleh menyokong anda dalam memilih laluan kerjaya pada masa akan datang,” ujarnya.

Pengarah Kanan Kolej Cyberjaya Kuching, Pengarah Kanan Kolej Cyberjaya Kuching, Kalimuthu A/L Thumbasamy (dua kiri), menyampaikan cenderamata kepada Teck Wan (dua kanan) sebagai tanda penghargaan pada Hari Terbuka dan Karnival Kesihatan Kolej Cyberjaya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier