ARTIKEL

Lebih RM1.37 bilion projek Sarawak telah dianugerah kepada kontraktor bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Setakat ini, sejumlah 43 peratus projek-projek Kerajaan Sarawak yang mempunyai nilai kerja lebih RM100,000 telah dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membangun serta memperkasakan kontraktor bumiputera tempatan yang tulen dan berdaya saing.

“Keseluruhan nilai kerja projek-projek yang telah dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera itu adalah berjumlah RM1.37 bilion.

“Ini merupakan petanda positif dalam kita melaksanakan Program Pembangunan Kontraktor Berdaya saing dengan objektif untuk membangunkan serta menggalakkan penyertaan kontraktor bumiputera tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Perindustrian Orang Ulu (OUCCI) 2023 di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, ujarnya program tersebut menyasarkan untuk sekurang-kurangnya 30 peratus daripada projek yang mempunyai nilai antara RM200,000 hingga RM2.5 juta akan diperuntukkan kepada kontraktor bumiputera.

“Proses pemilihan kontraktor yang layak adalah dijalankan berdasarkan penyaringan tender bagi memastikan pembidaan yang kompetitif serta menggalakkan persaingan sihat.

“Justeru, adalah menjadi harapan kami dapat meningkatkan penyertaan mereka, termasuk kontraktor OUCCI terlibat dalam pembangunan projek-projek kerajaan,” tambahnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU