ARTIKEL

Lebih santai, pelanggan selesa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan.

“Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta kandungan video untuk perniagaan, individu dan komersial.

“Boleh dikatakan setiap bulan kami dilantik untuk mencipta 10 hingga 15 video.

“Kalau dahulu hanya beroperasi di rumah, sekarang beroperasi sepenuhnya di pejabat syarikat yang dikenali sebagai T.W.F Resources Company sejak tahun lalu,” kata pengarah muda berusia 25 tahun itu.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu, latar belakang pendidikannya langsung tiada kaitan dengan kerjaya industri kreatif.

Malah, dia juga mendapat idea untuk menyediakan perkhidmatan gambar kendiri

KONSEP BAHARU

Biasanya perkhidmatan ini diletakkan sebagai reruai atau mesin gambar layan diri di pusat beli-belah dan sebagainya. Bagaimapun kata Faiq, ia berskala kecil. Ideanya sedikit berbeza berbanding perkhidmatan fotografi sedia ada.

“Saya mulakan perniagaan ini kerana ia belum dilakukan di Sarawak secara meluas.

Kalau di Kuala Lumpur dan Sabah, perkhidmatan ini banyak beroperasi.

“Jika boleh dikira, saya rasa hanya terdapat empat studio yang menggunakan konsep gambar kendiri termasuk kami,” katanya.

Dengan perkembangan tersebut, TWFTV Studio mengambil langkah berani untuk memanfaatkan peluang bagi mengetengahkan konsep fotografi baharu.

“Pendedahannya mungkin masih kurang, jadi kita ambil peluang ini untuk memperluas penggunaan idea ini dalam fotografi di studio.

“Kelebihannya, ia lebih murah bagi fotografi studio. “Konsepnya juga ringkas, cuma menangkap gambar menggunakan alat kawalan jauh,” katanya.

KEMBANGKAN SYARIKAT

Menurut Faiq, dia menampilkan kelainan perkhidmatan studio dan mengangkat trend lebih santai.

“Biasanya rekaan konsep studio agak serupa, menggunakan latar belakang putih.

“Kami mengadaptasi trend semasa iaitu konsep santai. Jadi kami mewujudkan suasana perkhemahan yang santai,” katanya.

Mengulas berkenaan perancangan masa depan, Faiq berkata, dia berhasrat untuk mengembangkan syarikat ke kawasan lain selain Kuching.

Ia termasuk beroperasi di bandar utama di Sarawak seperti Sibu, Bintulu, Miri dan Semenanjung Malaysia.

“Setakat ini kami mengambil syarikat media seperti Foodie sebagai inspirasi atau penanda aras.

“Ini kerana Foodie mempunyai banyak cawangan di setiap negeri, itulah antara misi kami untuk masa depan,” katanya.

BERITA LAIN

Riadah di Bukit Gondol, Lundu

AKTIVITI mendaki sangat baik untuk tubuh badan serta kesihatan dan minda kita. Lazimnya, pendaki tegar mencari lokasi pendakian baharu untuk merasai pengalaman berbeza kerana mereka

Penuhi impian rakyat Malaysia

Signifikan dengan peristiwa dan perayaan penting, Pengurus Besar Kanan Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi Petronas, Siti Azlina Abdul Latif berkata, mereka sentiasa berusaha merealisasikan impian

Gawai bukan sekadar tradisi

Tahun ini syarikat petroleum negara Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memperkenal filem pendek terbaharu sempena sambutan Hari Gawai Dayak 2024. Filem Pesan Inik menampilkan usaha sinematik

Erat silaturahim masyarakat Jawa Sarawak

MAJLIS Malam Jalinan Silaturahim Persatuan Masyarakat Jawa Sarawak disambut meriah di Dewan Sri Lestari Kampung Sri Arjuna, Jalan Puncak Borneo. Bermula jam 8.00 malam, majlis

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)