ARTIKEL

Lebih sejuta pekerjaan bakal dicipta menjelang 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menumpukan usaha ke arah ekonomi perindustrian dengan meningkatkan nilai dalam semua sektor melalui pembangunan modal insan sebagai pendorong pertumbuhan utama.

Menurut Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, rancangan perindustrian negeri ini akan menjadi sia-sia jika tidak mempunyai tenaga kerja dengan pengetahuan dan kemahiran betul.

“Oleh itu, rakyat Sarawak perlu bersedia untuk meraih peluang yang wujud daripada agenda pembangunan oleh kerajaan dan pelaburan yang lebih banyak masuk ke negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Penutupan Pertandingan Worldskills Malaysia Sarawak 2023 di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), di sini, semalam.

Menurutnya, industri tersebut memerlukan pekerja sangat terlatih dan mahir secara teknikal dengan peluang tersebut sepatutnya diisi oleh tenaga kerja tempatan.

Abang Johari menjelaskan, dijangka lebih satu juta pekerjaan baharu bakal dicipta menjelang 2030 yang menekankan keperluan untuk meningkatkan secara besar-besaran kapasiti latihan Sarawak.

“Oleh itu, negeri ini memerlukan peningkatan tiga kali ganda dalam pendaftaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk memenuhi keperluan negeri dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata, melalui inisiatif MEITD, Kerajaan Sarawak sedang menubuhkan lebih banyak pusat latihan teknikal dan pada masa sama menyelaras kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri pelbagai bidang.

Beliau mengakui TVET dilihat sebagai laluan kerjaya kurang menarik berbanding pendidikan universiti konvensional.
“Sebab itu, ketika kami meningkatkan kapasiti latihan, kami mengambil langkah yang perlu untuk menarik anak-anak untuk mengikuti kursus TVET.

“Program TVET dipandang rendah bukan sahaja oleh pelajar tetapi juga ibu bapa dan masyarakat.

Justeru, revolusi mental diperlukan kerana terdapat peluang lebih besar menanti,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan