KUCHING: Sebanyak 55 peratus daripada 83 agensi Kerajaan Sarawak menyiapkan Pelan Organisasi Anti-Rasuah (OACP) setakat ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion berkata, jumlah berkenaan dijangka meningkat kepada 65 peratus.
“Sebanyak 10 kementerian menyiapkan OACP selain sembilan Pejabat Residen Bahagian, dua pihak berkuasa tempatan dan 10 badan berkanun.
“Jumlah ini hanya agensi Kerajaan Sarawak sahaja. Kita memerlukan kerjasama daripada agensi Kerajaan Persekutuan untuk menghantar OACP bagi menyokong usaha kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media mengenai Majlis Amanah Perdana Integriti 2021 (MAPI21) di sini, semalam. Tambahnya, pelan itu penting sebagai garis panduan supaya menerap nilai integriti dalam kalangan penjawat awam.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Apr 2021