ARTIKEL

AZIZUL ZEKRI

Lebih setengah juta penduduk Kalimantan Barat ke Sarawak guna laluan darat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PONTIANAK: Lebih setengah juta rakyat Kalimantan Barat direkodkan ke Sarawak menggunakan laluan darat, tahun lalu.

Konsul Malaysia di Pontianak Azizul Zekri Abd Rahim berkata, 80 peratus daripada mereka yang berkunjung ke Bumi Kenyalang bagi tujuan mendapatkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan.

Menurutnya, ini menunjukkan kedua-dua negara mempunyai kolaborasi yang sangat baik dalam aspek pelancongan.

“Pada 2022, kita merekodkan kejayaan besar menerusi program promosi pelancongan empat hari bersama Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di Sarawak.

“Tahun lalu, lebih setengah juta warga Kalimantan Barat telah ke Sarawak menggunakan laluan darat dan 80 peratus daripadanya datang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di Kuching serta rombongan di Kota Pontianak, malam tadi.

Jelasnya, warga Indonesia memilih Sarawak bagi tujuan perubatan dan penjagaan kesihatan ekoran faktor kualiti perkhidmatan yang ditawarkan.

“Kita sangat bangus dalam perkhidmatan itu…sudah tentu aspek kualiti tidak dapat dinafikan, selain faktor kos yang lebih rendah menggunakan laluan darat.

“Lebih-lebih lagi kini ada perkhidmatan bas secara langsung (Pontianak-Kuching) yang sangat memudahkan, di samping ejen pelancongan yang menawarkan pengangkutan seperti van,” ujarnya.

Dalam usaha menarik pelancong datang ke Pontianak pula, Azizul memaklumkan terdapat kolaborasi padu antara kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia.

“Tugas Konsulat Malaysia ialah mempromosikan pelancongan di Sarawak, yang mana kita bekerjasama baik dengan KJRI di Kuching, mereka mempromosikan tempat-tempat pelancongan di Pontianak.

“Dalam pada itu, kita bekerjasama langsung dengan STB, selain Tourism Malaysia yang disifatkan sangat aktif,” tambahnya.

Menurutnya, Konsulat Malaysia bukan sahaja mengawal selia Kalimantan Barat, tetapi seluruh Kalimantan misalnya tahun lalu dimulakan promosi pelancongan di Balik Papan dekat Kalimantan Timur, juga untuk tujuan pelancongan.

Pertemuan tersebut turut disertai Konsul Ekonomi KJRI di Kuching, T. Satrio Nugroho.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA