Lebih yakin bertugas di kawasan berisiko

SARIKEI: Seramai 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei menerima suntikan dos pertama vaksin Covid -19 di sini, semalam.

Ketua Balai Mahmudin Narudin memberitahu, suntikan bermula jam 2.00 petang dengan Pegawai Bomba Kanan Satu (PBK I) Salim Husin sebagai penerima vaksin pertama sebelum disusuli 14 pegawai dan anggota yang lain. Sambil meluahkan perasaan gembira, Mahmudin berkata, suntikan vaksin itu membantu anggota melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih lancar.

“Kita akan menerima suntikan dos kedua tidak lama lagi. Vaksin ini bukan hanya untuk membendung penularan Covid-19 tetapi dapat memastikan kami menjalankan tugas dengan lebih yakin terutama di kawasan yang berisiko,” katanya dalam satu kenyataan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Apr 2021

Suara Sarawak