ARTIKEL

Lebuh Raya Trans Borneo hubungkan Sarawak-Kalimantan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebuh Raya Trans Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, Indonesia akan bermula tahun ini. Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, tender bagi projek pembinaan lebuh raya yang menelan kos RM600 juta itu juga akan dikeluarkan tahun ini.

Jelas Baru, jajaran itu akan bermula dari Kalabakan ke Serudong yang merangkumi pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQs). Tambahnya, jajaran itu akan melalui daerah Melinau ke daerah Krayan dan seterusnya ke Long Bawan (di Kalimantan Utara) yang bertentangan dengan Ba’Kelalan sebelum ke Long Medan dan keluar semula dari Buduk Nur Ba’Kelalan.

Dari situ juga, lebuh raya ini dihubungkan dengan Sabah Sarawak Link Road (SSLR). “Permindahan ibu kota Indonesia ke Pulau Borneo, Kalimantan menjadi pemangkin kegiatan ekonomi di pulau ini. “Dengan adanya lebuh raya ini, ia dapat memberi manfaat dan peluang dalam sektor ekonomi dan pelancongan serta membuka kawasan pedalaman Sarawak di sepanjang jajaran Lebuh Raya Trans Borneo,” ujarnya pada sidang media di pusat khidmat PKR Stampin sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina Adun Batu Lintang, See Chee How semalam.

Dalam pada itu, Baru turut berkata, lebuh raya tersebut dijangka siap dalam masa 10 tahun dan ia akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Indonesia. Baru turut memberitahu, beliau akan melawat Kalimantan pada Mac depan untuk membincangkan pembangunan lebuh raya yang dicadangkan itu dengan rakan sejawatannya di sana.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha