ARTIKEL

Lebuhraya Pan Borneo bakal punyai tiga kawasan rehat dan rawat, lima layby

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Terdapat tiga kawasan rehat dan rawat (RSA) dan lima perhentian perkhidmatan rehat (layby) bakal dibina di sepanjang jajaran Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain daripada menyediakan kemudahan asas untuk pengguna jalan raya berehat dan solat, ia memberikan peluang kepada usahawan tempatan menjana pendapatan dengan mengusahakan kemudahan kedai makan dan pasar tamu di RSA tersebut.

“Tiga RSA tersebut akan dibina di Jelukong (Lubok Antu), Sungai Basai (Selangau) dan Lambir (Miri).

“Sementara lima lagi layby bakal dibangunkan di Lundu, Roban (Saratok), Julau, Sungai Semanok (Bintulu) dan Suai (Niah),” katanya.

Ahli Parlimen Kapit itu berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Selangau, Edwin Banta dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan komited bagi memastikan kelangsungan pelaksanaan projek LPB dengan memperuntukkan sejumlah RM1 bilion setiap tahun masing-masing kepada Sabah dan Sarawak.

Untuk rekod setakat ini, LPB Sarawak sudah mencapai kemajuan sebanyak 90 peratus dengan tujuh daripada pakej projeknya telah dibuka sepenuhnya untuk kegunaan orang awam.

Tujuh pakej LPB yang sudah siap termasuk Seksyen Telok Melano hingga Sematan; Seksyen Serian; Seksyen Jambatan Batang Rajang; Seksyen Julau; Seksyen Jejambat Nyabau; Seksyen Pujut dan Seksyen Selangau.

Pakej selebihnya pula berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan dan dijangka siap sebanyak 95 peratus menjelang tahun ini, manakala selebihnya akan disiapkan pada 2024.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit