Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lebuhraya Pan Borneo di Jakar, Sarikei tutup sementara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Rombongan mengadakan lawatan ke tapak projek.

SARIKEI: Orang ramai yang melalui laluan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) ke Sarikei diminta berhati-hati berikutan kerja-kerja menembok tanah dan pemasangan pembetung yang sedang giat dilaksanakan di kawasan itu.

Ketika ini, laluan di bahagian Jakar ditutup sementara selama dua bulan untuk tujuan keselamatan.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong menggesa semua pihak memberikan kerjasama supaya kerja berkenaan berjalan lancar dan siap secepat mungkin.

Rombongan mengadakan lawatan ke tapak projek.

“Saya faham penutupan laluan ini memberi kesan dan menimbulkan rungutan dalam kalangan peniaga di kawasan ini. Tetapi, saya meminta mereka agar bersabar.

“Dalam pada itu, saya juga berharap pembinaan LPB di Sarawak dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sarikei, menasihati pengguna jalan raya untuk berhati-hati semasa memandu dan mematuhi arahan pihak berkaitan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini khususnya menjelang musim perayaan tidak lama lagi.

Rombongan mengadakan lawatan ke tapak projek.

“Saya juga mencadangkan kepada pihak JKR agar menyediakan semua kelengkapan keselamatan di sepanjang laluan,” ujarnya.

Sementara itu, Kapitan Ling Dien Yong yang mewakili Tiong Sii turut mengadakan kunjungan ke tapak projek tersebut, semalam.

Beliau dan rombongan turut meninjau perkembangan projek naik taraf Jalan Tar yang merupakan laluan utama Tanah Perkuburan Persatuan Foochow Sarikei.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru