Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Leburkan rekod 30 tahun

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Shereen Samson Vallabouy | BERNAMA

ATLET olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy meleburkan rekod 400 meter (m) kebangsaan yang telah berusia 30 tahun apabila berjaya mencatatkan 51.80 saat (s) di Kejohanan Olahraga Tahunan Mt SAC Relays ke-63, California, Amerika Syarikat, semalam.

Pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hilmer Lodge itu, Shereen yang mewakili Winona State University di Minnesota.

Beliau berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina.

Menurut laman sesawang kejohanan itu, https:// finishedresults.trackscoreboard. com anak perempuan kepada pasangan bekas pelari trek negara, Samson Vallabouy dan Josephine Mary itu menamatkan saingan di kedudukan kelima di belakang Ziyah Holman dari University of Michigan yang menduduki tangga keempat dengan 51.60s. 

Pelari yang mewakili Texas A&M University, Jermaisha Arnold muncul sebagai juara dengan catatan 50.79s diikuti rakan sepasukannya, Tierra Robinson-Jones di tempat kedua (51.01s), manakala atlet University of South Carolina Jan’Taijah Jones di tempat ketiga (51.0s).

Pada Mac tahun lalu, Shereen mula mencuri tumpuan apabila berjaya meleburkan rekod kebangsaan 400m dalam dewan milik Noraseela Mohd Khalid (54.58s) yang dicipta pada 2006 dengan catatan masa 53.79s.

Baca lain  Mukah bakal miliki padang bola sepak tiruan

Beliau kemudian memperbaharui rekod berkenaan dengan catatan 53.47s ketika Kejohanan Bearson Gathje Classics di Minnesota, Januari lalu sebelum sekali lagi membuat kejutan pada Kejohanan Olahraga Jemputan Lewis Illinois, Chicago dengan catatan 52.87 saat (s) pada Febuari dengan memenangi pingat emas.

Shereen kemudiannya terus menampilkan aksi terbaik apabila sekali lagi menggenggam emas di Kejohanan Trek dan Balapan Dalam Dewan Divisyen II Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia Beach, Virginia, dengan merekodkan 52.27s pada bulan lalu.

Atlet berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang wakil negara yang akan menggalas cabaran dalam temasya Sukan SEA Kemboja pada Mei ini bagi acara 400m dan 4x400m. – BERNAMA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

KL benam Pahang

JURULATIH Kuala Lumpur (KL) City FC Bojan Hodak, berkata kemenangan 2-1

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru