ARTIKEL

Lee Kim Shin santuni masyarakat setempat sempena program Mobile Service2U

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengetuai sesi menyantuni masyarakat setempat sempena program mingguan ‘Mobile Service2U’ di sini pada Ahad.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi penduduk setempat.

Beberapa orang awam turut berkongsi isu-isu yang melanda kawasan kediaman mereka dengan Lee secara peribadi.

Dalam program tersebut juga Pusat Khidmat DUN Senadin turut mengedarkan kalendar tahun 2024 kepada orang ramai.

Hadir sama Kr Toh Kah Shiong, Kapitan Chai Kuen Ming, Kapitan Chong Ah Muk dan Kapitan Jee Kee Hiong.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU