Lee Ming Press terima dua anugerah

KUCHING: Lee Ming Press Sdn Bhd, syarikat pereka dan percetakan Sarawak menerima Anugerah Perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (SEBA) dan Anugerah Pencapaian Cemerlang Malaysia (MATA).

Anugerah SEBA 2019 berlangsung di Kuala Lumpur serta dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan (MED) Datuk Seri Mohd Reduzan.

Lee Ming Press berjaya merangkul Anugerah SME & Enterprise untuk Pembekal Perkhidmatan dan Pencipta Visi.

Anugerah Pencapaian Cemerlang Malaysia 2019 turut berlangsung di Kuala Lumpur untuk menghargai prestasi cemerlang dan pencapaian cemerlang syarikat di Malaysia.

Lee Ming Press Sdn Bhd memenangi Kecemerlangan Industri bagi kategori Perkhidmatan Percetakan.

Pengarahnya Louis Wong berkata, pihaknya sentiasa berkerja keras untuk memberi perkhidmatan berkualiti dan inovatif kepada pelanggan.

“Kami juga sentiasa melabur teknologi baharu dalam percetakan dan latihan untuk kakitangan kami.

“Kami berharap melalui kreativiti dan inovasi, kami dapat terus membawa kepuasan kepada pelanggan.
“Seperti apa yang diperkata Jack Ma, kami tidak pernah bersaing dengan harga, malah bersaing dengan perkhidmatan dan inovasi.

“Kami tidak melupakan pelanggan kami atas sokongan dan kakitangan atas komitmen mereka,” katanya lagi.