Leetonia belasah Alo Star A

SKUAD handalan, Leetonia memulakan kempen Kejohanan Bola Sepak MuFA Piala Parlimen Mukah dengan bergaya setelah membelasah skuad jirannya, Alostar A 5-1 dalam aksi Kumpulan B di Padang Mesra MDDM Mukah petang semalam.

Md Darwis Tirmidzi dan Md Nazwa Helmi masing-masing menyumbat dua gol pada minit ke-25, 29, 49 dan 52.

Manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Md Najmi Spawi sepuluh minit sebelum tamat.

Gol tunggal Alostar A dijaringkan oleh penyerang utamanya, Abd Salam Saibi pada minit ke-41.

Yang pasti, kemenangan tersebut merupakan amaran awal Leetonia buat dua lagi pencabar hebat Kumpulan B, Tellian Laut 2 dan Jourdania.

Dengan hanya satu slot automatik ke suku akhir (juara kumpulan), Kumpulan B menjanjikan saingan menarik tiga pasukan hebat.

Sementara itu, petang ini mempertemukan pasukan Alor Star B menentang KSRB Balingian.

Sejumlah 21 buah pasukan menyertai kejohanan tersebut yang dibahagi kepada lima kumpulan.

JADUAL PERLAWANAN

RABU
KSRB Balingian Lwn Alor Star B
ESOK
Oya FC Lwn Tegak
SABTU
Batu Mas Lwn Penipah

* Semua aksi di Padang Mesra MDDM Mukah mulai jam 4.00 petang.

Suara Sarawak