ARTIKEL

Lega motosikal ditemui semula, pencuri terima padah dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki menarik nafas lega apabila motosikalnya yang dilaporkan hilang tiga tahun lalu berjaya ditemui semula.

Ia susulan, pihak polis berjaya menangkap seorang penunggang motosikal yang kelihatan mencurigakan semasa rondaan cegah jenayah di Lorong Punica, Jalan Matang-Batu Kawa, 10 November 2023.

Berdasarkan fakta kes, hasil semakan mendapati nombor plat yang digunakan adalah palsu dan semakan nombor casis mengesahkan ia adalah motosikal yang dilaporkan hilang pada 21 Februari 2020.

Pemilik motosikal merupakan lelaki berusia 21 tahun itu turut mengesahkan bahawa ia adalah kenderaan miliknya selepas dilaporkan dicuri ketika diletakkan di hadapan sebuah bangunan melibatkan kerugian sekitar RM2,000.

Akhirnya, perbuatan Mohd Taufeq Kalang, 30, membawa padah apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki sebuah motosikal curi jenama Honda milik pengadu itu.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan memerintah tertuduh mula menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 10 November 2023.

Baca lain  Siswazah Unimas cepat belajar, penuhi keperluan industri

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,