ARTIKEL

Mutang Tagal

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal berkata, tokoh ulung dan pemimpin lebih enam dekad itu telah mengabdikan hidupnya untuk Sarawak.

Menurutnya, beliau telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pembangunan dan kemajuan Sarawak, sekali gus meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah negeri ini dan kehidupan rakyat.

“Kepimpinan yang berwawasan, dedikasi kepada perkhidmatan awam dan usaha tanpa lelah untuk meningkatkan kehidupan rakyat Sarawak akan terus diingati dan dihargai oleh generasi akan datang.

“Taib telah meninggalkan kita dengan warisan kemajuan, pembangunan dan perpaduan, memberikan inspirasi kepada semua untuk terus memajukan negeri Sarawak dan rakyatnya.

“Sehubungan itu, saya memanjatkan doa dan ingatan kepada keluarga beliau, rakyat Sarawak dan semua yang merasai pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mutang secara peribadi mengakui terhutang budi kepada Taib yang membawanya masuk ke dalam arena politik semasa beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sarawak pada 1981.

“Pada usia masih muda (27 tahun), Taib telah meletakkan kepercayannya kepada saya, seorang graduan baharu untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Mas (kini dikenali sebagai Lawas dan Limbang).

“Keyakinan beliau terhadap saya didukung dengan bimbingan, sokongan dan bantuan yang padu sehingga membolehkan saya berkhidmat dengan tekun kepada rakyat sehingga 1990.

“Beliau merupakan figura bapa bagi kami ahli politik muda pada ketika itu…sentiasa mudah didekati, sentiasa menyokong kami dalam hal-hal yang berkaitan dengan kawasan parlimen baik urusan politik juga perkara peribadi.

“Sifat beliau yang mesra dan mudah didekati ini turut dizahirkan kepada semua yang berada di sekelilingnya tanpa mengira status,” ujarnya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,