ARTIKEL

FAZZRUDIN ABDUL RAHMAN

Legasi pimpinan Tun Taib wujudkan asas penting dalam transformasi Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Legasi pimpinan Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mewujudkan asas yang penting dalam transformasi Sarawak pada masa ini dalam ekonomi baharu.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Fazzrudin Abdul Rahman berkata, Taib memainkan peranan penting dalam pemodenan Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun dengan memperkenalkan politik berasaskan pembangunan.

Menurutnya, Sarawak bukan sahaja membangun sebagai sebuah wilayah dalam Persekutuan Malaysia tetapi juga berjaya melindungi dan memelihara hubungan antara kaum yang pelbagai.

“Politik pembangunan, pemodenan dan kestabilan yang dibentuk melalui kepimpinan Taib adalah legasi yang telah memberikan asas penting dalam transformasi Sarawak pada masa ini dalam ekonomi baharu.

“Justeru, saya yakin legasi yang ditinggalkan oleh beliau akan terus dipelihara oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pemimpin Kerajaan Sarawak bagi merealisasikan visi untuk Sarawak menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ADUN Tupong itu menyifatkan keperibadian Taib serta dedikasi dan khidmatnya kepada negeri, negara dan masyarakat sebagai seorang negarawan yang harus dijadikan teladan.

Baca lain  Neng yang sentiasa ada untuk saya...

“Bukan sahaja diteladani, bahkan akan dirindui rakyat Sarawak.

“Beliau telah memberi sumbangan besar kepada penubuhan negara Malaysia dan pembangunan Sarawak sebagai menteri dalam kabinet pertama Kerajaan Sarawak pada 1963,” ujarnya.

Beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberi kekuatan untuk kekal tabah dalam menghadapi cabaran ini.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang