ARTIKEL

Kim Shin (tengah) melakukan gimik pelancaran Festival Makanan Persatuan Hopoh Sarawak dan Hari Leicha bersama (dari kiri), Wong Fong, Shark Sen, Ket Fen dan Kin Kung. - FOTO RAMIDI SUBARI

Leicha jadi penghubung dan penyatuan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Makanan tradisi etnik Hakka seperti leicha mampu menjadi penghubung dan menyatukan masyarakat atas dasar budaya makanan.

Leicha yang mempunyai khasiat kesihatan merupakan teh yang ditumbuk menjadi serbuk mengandungi daun teh hijau, bijan putih dan bahan-bahan lain yang ditambah dengan air untuk menjadi kuah mahupun sup.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, leicha pada kebiasaannya dihidang kepada tetamu atau jamuan teh suatu ketika dahulu.

Dan kini, katanya teh tersebut boleh didapati di premis makanan tempatan.

“Menerusi pelbagai usaha dilakukan oleh persatuan, leicha ini diwarisi dan disebarkan dengan lebih baik.

“Dan ia juga mempromosikan etnik Hakka terutamanya Hopoh (Klan Hopoh) dalam pertukaran dan interaksi sesama tetamu dan mengukuhkan hubungan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Festival Makanan Persatuan Hopoh Sarawak dan Hari Leicha di SJK Chung Hua No. 3, Jalan Padungan di sini hari ini.

Kim Shin berkata, masyarakat Cina mewarisi budaya makanan mereka dari kampung halaman dan amat bergantung kepada cita rasa yang kuat.

Katanya, nostalgia yang mendalam itu mencerminkan identiti dalam budaya mereka.

Tambahnya, mereka juga menekankan prinsip keseimbangan dalam makanan mereka iaitu panas dan sejuk serta makanan yang sihat.

“Masyarakat Cina bukan sekadar mencari kesenangan dalam makanan mereka sambil memperingati kisah silam malah ia juga menghubungkan satu sama lain dan mengukuhkan lagi etnik mereka dengan mewarisi budaya makanan,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Kebudayaan Hopoh Malaysia, Datuk Wong Fong, pengerusi penganjur Festival Makanan Persatuan Hopoh Sarawak dan Hari Leicha, Temenggong Liew Shark Sen, Presiden Persekutuan Persatuan Hopoh Malaysia, Datuk Seri Chong Ket Fen, dan Presiden Persatuan Hopoh Sarawak, Datuk Chai Kin Kung.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti