ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki 20-an rugi RM17,000 dipedaya penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengalami kerugian sebanyak RM17,000 selepas terpedaya dengan penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut semalam.

“Seorang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 20-an, yang merupakan seorang pelajar di institusi tempatan, telah mengalami kerugian sebanyak RM17,000.

“Menurut laporan yang diterima, mangsa mendakwa mengalami kerugian itu setelah menerima panggilan daripada individu tidak dikenali,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkipli berkata, pada 11 Mei lepas, mangsa telah menerima panggilan daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis Kontinjen Terengganu.

Katanya, suspek memberitahu ada bungkusan yang didaftarkan atas nama mangsa telah ditahan kerana barang tersebut mengandungi kad pengenalan dan kad kredit.

“Suspek yang menyamar sebagai polis mengatakan hasil semakan mendapati mangsa terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dan meminta mangsa memberikan butiran peribadi dan maklumat perbankan.

“Mangsa kemudiannya telah diberikan nombor talian dan dikehendaki berhubung dengan ‘Dato Shariff Mokhtar’ bagi tujuan membantu menyelamatkan akaun bank mangsa,” ujarnya.

Disebabkan bimbang dan takut, kata Zulkipli, mangsa telah menurut semua arahan yang diberikan dan membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan oleh suspek.

“Pada 13 Mei 2024, mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak sekali transaksi berjumlah RM17,000 ke dalam satu akaun bank tempatan.

“Mangsa berasa curiga dan sedari telah diperdaya oleh suspek apabila diminta untuk membuat pindahan wang sekali lagi sejumlah RM10,000, dan suspek mengelak menjawab pertanyaan berkenaan siasatan kes mangsa tersebut,” ujarnya.

Tambah Zulkipli, mangsa tampil ke balai berdekatan untuk membuat laporan polis.

Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu, tegasnya.

BERITA LAIN

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu