ARTIKEL

Lelaki 91 tahun maut terjatuh tingkat 13

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 91 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 13 Rumah Pangsa Kinta Height dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat mangsa dijumpai seorang pengawal keselamatan di lorong belakang rumah pangsa tersebut dan polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas anggota badan mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.

Abang Zainal berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.

“Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini supaya berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan (ASP) Mohd Sahran Termizi di talian 019-4444515,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU