ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Lelaki Algeria didenda RM1,200 cederakan warga tempatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau sebulan penjara terhadap seorang lelaki warga Algeria kerana mencederakan seorang lelaki tempatan gara-gara menyangka mangsa merakam gambarnya.

Yassine Mostefaoui, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa berusia 38 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), sekitar jam 1.14 petang, 25 Jun 2023.

Oleh itu, Yassine didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sewaktu kejadian, mangsa berbaris hendak menaiki penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur, tiba-tiba didatangi tertuduh lalu menampar pipi kiri serta merampas telefon pintar milik mangsa.

Punca kejadian kerana tertuduh menyangka mangsa merakam gambarnya.

Tertuduh yang masih dalam keadaan marah lalu menendang perut mangsa semasa mangsa hendak mengambil balik telefon bimbit.

Laporan polis dibuat oleh mangsa untuk siasatan dan tindakan lanjut.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap