ARTIKEL

Lelaki Australia jumpa emas bernilai RM1 juta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SYDNEY: Seorang lelaki Australia menemui batu seberat 4.6kg yang mengandungi emas bernilai AS$240,000 (RM1 juta).

Menurut BBC, lelaki yang tidak mahu namanya didedahkan itu menemui emas menggunakan pengesan logam bajet di Victoria, yang merupakan lubuk emas Australia pada 1800-an.

Darren Kamp yang membeli batu emas itu berkata, ia adalah yang terbesar pernah dilihatnya sepanjang kerjayanya selama 43 tahun.

“Saya terkejut, ia adalah penemuan sekali seumur hidup,” katanya kepada BBC.

Kamp pada awalnya tidak terlalu memikirkannya apabila seorang lelaki yang memakai beg galas besar masuk ke kedainya di Geelong, yang terletak kira-kira sejam di barat daya Melbourne.

Biasanya orang datang dengan emas atau batu lain yang kelihatan seperti emas, kata Kamp.

Lelaki itu kemudian mengeluarkan batu tersebut dan meletakkan di tangan Kamp sambil bertanya sama ada ia bernilai AS$10,000 (RM44,000).

“Namun saya memandangnya dan berkata, cuba AS$100,000 (RM440,000).

Lelaki itu kemudian memberitahu, batu itu hanya separuh yang ditemukan,” katanya.

Batu seberat 4.6kg itu mengandungi kira-kira 2.6kg emas dan selepas dinilai, Kamp membeli daripadanya.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Uhm Jung Hwa masih bujang

UHM JUNG HWA baru-baru ini muncul dalam rancangan bual bicara Lee So Ra di saluran YouTube dengan mendedahkan banyak perkara tentang kerjaya dan hubungan percintaannya.

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan