Trending

Lelaki baju merah tunjal kepala wanita, ditahan polis 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Lelaki “baju merah” yang menunjal kepala pemandu wanita – yang tular dalam video di media sosial – ditahan pihak berkuasa. 

Laporan menyebut dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah pada Rabu untuk tindakan lanjut. 

Sebelum ini, tular video 59 saat lelaki menaiki Proton Persona menghentikan kenderaannya di hadapan kenderaan mangsa. 

Dia mengetuk cermin pemandu sebelum mengeluarkan kata-kata kesat, kemudian menunjal kepalanya. 

Dalam pada itu, di media dalam talian, kisah lelaki baju merah turut diperkatakan wanita lain dalam kes yang lain. 

Lelaki tersebut didakwa berperilaku kasar terhadap pekerja di restoran steamboat di Cameron Highland pada 4 Jun lepas. 

Dia dikatakan menampar pekerja restoran berkenaan berkali-kali, dipercayai kerana makanan yang dipesannya lambat tiba.

PL

09:10 AM

AS

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru