ARTIKEL

Lelaki baling senjata ke Istana Buckingham

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Seorang lelaki ditahan pada Selasa selepas melemparkan objek yang dipercayai ‘kartrij senapang patah’ di pekarangan Istana Buckingham, kata Polis Metropolitan London.

Suspek ditahan pihak berkuasa keselamatan kira-kira jam 7 malam waktu tempatan (1800GMT) selepas dia menghampiri pintu pagar istana, menurut Agensi Anadolu.

“Lelaki itu kini dalam tahanan polis.

“Tiada laporan mengenai sebarang tembakan dilepaskan atau sebarang kecederaan kepada anggota keselamatan atau orang awam.

Pegawai masih berada di tempat kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” kata Ketua Superintendan Joseph McDonald dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku beberapa hari sebelum istiadat pertabalan Raja Charles III pada Sabtu ini.

Tahap keselamatan di ibu negara dipertingkat untuk pertabalan pertama Britain dalam tempoh hampir 70 tahun. – Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

Puluhan badak sumbu dilepaskan di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Berpuluh-puluh ekor badak sumbu dilepaskan ke habitat semula jadi di Afrika Selatan, dalam langkah pertama inisiatifnya untuk membebaskan 2,000 ekor badak sumbu ke dalam

Filipina beli 5 kapal pengawal pantai

MANILA: Filipina bersetuju untuk membeli lima kapal peronda pengawal pantai dari Jepun dalam perjanjian bernilai lebih AS$400 juta, kata Manila pada Jumaat. Pengumuman itu dibuat

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier