Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki bebas dan lepas tuduhan edar ganja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
GANJA…tertuduh bersama isteri sedang berbincang dengan peguambela di hadapan Mahkamah Rayuan di sini.

 

GANJA…tertuduh bersama isteri sedang berbincang dengan peguambela di hadapan Mahkamah Rayuan di sini.

KUCHING: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching untuk melepas dan membebaskan seorang pemuda berusia 40 tahun daripada tuduhan mengedar dadah jenis ganja lebih satu kilogram, empat tahun lalu.

Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Supang Lian dan Datuk Gunalan Muniandy sebulat suara membatalkan rayuan pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari.

Terdahulu, Hazlan merupakan bekas eksekutif teknologi maklumat dibicarakan pada 15 April 2020 di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah  Berbahaya 1952 dan boleh di hukum mengikut Subseksyen 39B(2) akta yang sama bagi pertuduhan pertama dan Seksyen 6 ADB 1952 untuk pertuduhan kedua sebelum dia dilepas dan dibebaskan di akhir kes perbicaraan.

Hakim Mahkamah Tinggi Christopher Chin Soo Yin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh.

Seramai sembilan orang saksi telah dipanggil sepanjang perbicaraan kes yang berakhir pada 15 April 2020.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Manakala, Seksyen 6 ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa mengedar dadah jenis ganja seberat 986 gram. Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa memiliki 17.10 gram ganja.

Bagi kedua-dua pertuduhan,dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan Pejabat Pos, Jalan Song kira-kira jam 5.45 petang, 20 Ogos 2018.

Tertuduh diwakili tiga orang peguam peguambela iaitu Osman Ibrahim, Roger Chin dan Nur Atiqah Kulah.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News