ARTIKEL

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Sarikei untuk dibicarakan.

Lelaki berdepan empat pertuduhan, miliki senjata api buatan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki disyaki terlibat kes tembak pacuan empat roda di Julau baru-baru ini berdepan empat pertuduhan kerana memiliki senjata api buatan sendiri yang menyalahi undang-undang di bawah Akta Senjata Api 1960.

Suspek juga dituduh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan sementara menunggu laporan balistik dan Perbandingan DNA dari Jabatan Kimia.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek berjaya diberkas selepas polis menerima aduan seorang lelaki yang mendakwa kereta pacuan empat roda milik anaknya ditembak di sebelah pemandu ketika pulang ke rumah mereka.

“Turut dirampas dua laras senapang patah jenis Bakakuk dan dua laras senapang angin buatan sendiri. Selain, sebutir peluru jenama Clever 12 Mirage dan satu kelongsong peluru jenama 12 Mirage,” katanya.

Beliau berkata, kejadian dipercayai bermotifkan dendam kerana cinta suspek ditolak oleh salah seorang daripada keluarga mangsa.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Lelaki berusia 20-an itu didakwa di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sarikei, Stella Augustine Druce pada 1 September dan pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Umi Syukriah Harun.

Mahkamah Majistret Sarikei juga menetapkan jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan tersebut. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti