Lelaki berkahwin 24 kali setahun

SEORANG lelaki yang tinggal di wilayah Hunan, China mempunyai hobi yang agak luar biasa iaitu berkahwin.

Lelaki itu berkahwin banyak kali dan pada waktu ini dia dikatakan mendaftar untuk berkahwin dengan teman wanita terbarunya yang sedang hamil ketika ini.

Dia memfailkan perkahwinannya di biro pengurusan awam tempatan untuk kali yang ke-46 dalam masa setahun dan di pejabat ini jugalah dia memfailkan perceraiannya.

Perbuatannnya ini dibongkar oleh pekerja di biro itu yang turut menemui rekod yang menunjukkan perkahwinan terbarunya ini berlangsung selang seminggu selepas dia bercerai dengan bekas isterinya.

Rekod juga menunjukkan bahawa lelaki ini berkahwin hanya sehari kepada beberapa orang bekas isterinya.

Pekerja itu melaporkan perkara ini kepada pengarah biro dan apabila disiasat lanjut, mereka mendapati bakal isterinya hamil sembilan bulan.

Pengarah itu bertanya sama ada wanita itu tahu bahawa suaminya sudah berkahwin serta bercerai banyak kali dan wanita itu menjawab ya.

Dia turut menasihatkan wanita itu supaya berhati-hati dengan bakal suaminya, namun wanita itu tidak mengendahkan kata-katanya manakala lelaki itu pula marah dengan tindakan pengarah tersebut dan menuduhnya sebagai penyibuk.