Lelaki berusia jadi pilihan

KUCHING: Jurang antara kaya dan miskin menjadi faktor wanita memilih lelaki lebih berusia sebagai sugar daddy.

Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang tersebut yang semakin meningkat di Asia, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

“Malaysia menjadi antara negara mempunyai bilangan sugar daddy paling tinggi di Asia, menurut Seeking Arrangement laman Sugar Dating terbesar dunia.

“Malah, negara Asia dengan kadar penembusan pendidikan tinggi terbukti lebih terdedah terhadap arah aliran itu, dengan Malaysia mencatat hutang pinjaman tertunggak pelajarnya
berjumlah RM39 bilion,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini.

Wade berkata, ekonomi Asia yang berkembang pesat menyumbang kepada ramai pelabur asing menubuhkan perniagaan dan menjalani kehidupan di rantau ini.

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang sugar daddy untuk berpasangan terutama dalam demografi bandar,” kata Wade.

Sementara itu, laman web berkenaan melaporkan India mendominasi 10 senarai Asia teratas dengan 338,000 sugar daddy diikuti Indonesia (60,250). Malaysia mempunyai 42,500 diikuti Jepun (32,500), Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000).

Suara Sarawak