ARTIKEL

Lelaki buat hantaran jelik dengan kapsyen ‘gay’ di Facebook didenda RM17,000 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM17,000 terhadap seorang lelaki tempatan kerana menghantar kenyataan jelik di media sosial facebook hingga menyinggung perasaan seorang lelaki berusia 25 tahun.

Sarulnizam Sintong Patar Simamora, 23, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook menggunakan halaman ‘Hairul Ikmal’ sengaja memulakan penghantaran bersifat menyinggung perasaan mangsa berusia 26 tahun.

Dia melakukan kesalahan itu di sebuah bilik sewa di Jalan Bako, kira-kira jam 5 petang, 6 Mei 2022.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) Akta yang sama.

Musli menjatuhkan hukuman penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.

Menurut fakta kes, ketika kejadian, di sebuah bilik sewa di Jalan Bako, pengadu memaklumkan kepada rakannya bahawa gambar pengadu dan keluarga telah dimuat naik di laman sosial Facebook menggunakan akaun ‘Hairul Ikmal’ dengan tujuan untuk memalukan pengadu dan keluarga.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh di sebuah bangunan di Metrocity, Jalan Matang sekitar jam 3.50 petang, 25 Jun 2022.

Hasil siasatan mengesahkan laporan forensik terhadap dua buah telefon pintar merupakan peranti yang digunakan tertuduh untuk melakukan hantaran kenyataan jelik untuk menyakiti hati pengadu.

Difahamkan kandungan hantaran tersebut merupakan gambar dengan tulisan kapsyen ‘gay’.

Difahamkan juga, punca tertuduh melakukan perkara tersebut kerana tidak puas hati terhadap pengadu yang merupakan bekas kekasihnya yang bakal berkahwin dengan seorang wanita pilihan keluarga.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu