ARTIKEL

CEDERA… Mangsa yang cedera akibat terlibat dalam kemalangan kendiri.

Lelaki cedera dalam kemalangan motosikal di Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang lelaki cedera apabila motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Lampu Isyarat Batu 12 Jalan Kuching Serian di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II Nasihin Jaum berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.53 pagi.

“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 3.10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Nasihin lagi, sejurus tiba, didapati
kemalangan kendiri melibatkan sebuah motosikal terjatuh ke dalam anak sungai di tepi jalan.

Katanya, terdapat seorang lelaki sedang terbaring di tepi anak sungai berkenaan.

“Kami terus mengangkat mangsa mengunakan ‘stretcher ‘dan tali ke tepi jalan, mangsa didapati cedera di bahagian kaki sebelah kiri dan dipasangkan ‘lower limb’ dan ‘cervical collar’.

“Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Setelah memastikan keadaan terkawal, kami bertolak balik ke balai,” katanya.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan