ARTIKEL

Keadaan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

Lelaki cedera, kancil berlanggar kenderaan pacuan empat roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Utama ke Bulatan Senadin, di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian terbabit sekitar jam 9.37 malam.

Katanya, setelah menerima panggila berkenaan, sepasukan anggota bomba telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar sembilan kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan dan hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa yang tersepit.

“Bagaimanapun, seorang mangsa lelaki yang memandu kereta Kancil didapati cedera ringan di bahagian kepala, manakala seorang wanita dan lelaki yang menaiki kenderaan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujarnya, pihak bomba kemudian bertindak melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Setelah selesai pemeriksaan, operasi ditamatkan pada jam 9.58 malam, dan pihak bomba bergerak pulang ke balai.

BERITA LAIN

PADU: Sarawak masih tunggu wakil Kementerian Ekonomi

KUCHING: Kerajaan Sarawak belum lagi menerima kunjungan daripada wakil Kementerian Ekonomi bagi memberi taklimat berkaitan isu keselamatan Pangkalan Data Utama (Padu). Premier Datuk Patinggi Tan

LAMPU RAYA SERIBU

Aswandi Mohammad sanggup belanja RM1,000 untuk menghiaskan halaman rumahnya dengan pelbagai warna-warni lampu neon. Beliau turut membuat pintu gerbang berbentuk kubah masjid dan perkataan Salam

BERITA TERBARU