ARTIKEL

Lelaki cedera parah, empat ditangkap kes samun bersenjata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Gambar hiasan

SARIKEI: Empat lelaki tempatan dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun ditangkap selepas disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata, baru-baru ini.

Ketua Polis Meradong Deputi Superintenden (DSP) Sekam Anoi berkata, pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak bersama-sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong diketuai Asisten Komisioner Kallang telah membuat tangkapan terhadap kesemua suspek ini.

“Semakan rekod lampau mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam kes pecah rumah, manakala dua suspek lain, tidak mempunyai sebaran rekod kesalahan lampau.

“Dengan penangkapan ini, barang-barang yang diambil berjaya ditemui semula,” katanya.

Mangsa, seorang lelaki cedera parah dipercayai ditetak menggunakan senjata.

Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU