BINTULU: Seorang lelaki cedera parah selepas van yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Signature Park, Batu 5, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 1.19 pagi.

Susulan itu katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam van tersepit menggunakan peralatan khas.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Manakala, pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.