ARTIKEL

Gambar hiasan.

Lelaki curi besi buruk seberat 6,340kg gagal bayar denda RM8,000, dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang lelaki untuk menjalankan hukuman penjara enam bulan setelah gagal membayar denda RM8,000 atas kesalahan mencuri besi buruk.

Ling Sia Guan, 45, terdahulu mengaku bersalah atas tuduhan mencuri besi buruk dari sebuah syarikat menjual barangan lusuh lima tahun lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kedua atau seterusnya, hendaklah dipenjara dan juga dikena denda atau sebatan.

Berdasarkan fakta kes, pada 11 Februari 2019, kira-kira jam 12.15 tengah hari, Sia Guan bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas telah mencuri besi buruk seberat 6,340 kilogram (kg) dari sebuah syarikat menjual barangan lusuh di Jalan Salim-Stabau.

Semasa kejadian, pemilik syarikat terbabit mendapati besi buruk yang disimpan di dalam premis syarikat telah hilang lalu menghubungi anaknya untuk memintanya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.

Pada hari sama kira-kira jam 2 petang, pihak polis peronda telah menahan sebuah lori di Jalan Then Kung Suk yang dipercayai terlibat dengan kecurian besi buruk tersebut, selain menahan tiga suspek.

Pada 15 Febuari 2019, kira-kira jam 1.35 petang, hasil soal siasat pihak polis terhadap seorang suspek mendapati besi buruk itu telah dijual di sebuah premis barangan lusuh di Jalan Lanang.

Dengan dipandu arah oleh suspek, pihak polis telah pergi ke premis di Jalan Lanang namun gagal menemukan besi buruk yang dicuri.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menemukan resit jual beli besi buruk atas nama tertuduh bertarikh 11 Februari 2019.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU