ARTIKEL

Gambar Hiasan

Lelaki dengan 9 rekod jenayah lampau tidak serik didenda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan terhadap seorang lelaki tempatan kerana merosakkan cermin almari perabot milik bapanya.

Awang Faridd Shah Awang Zainudin, 41, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kampung Rampangi, kira-kira jam 9 malam, 24 Julai lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, suami pengadu telah mengamuk dengan menyelerakkan barang di dalam rumah dan menjerit-jerit di luar rumah.

Sebelum ini, kejadian seperti itu sering terjadi dan tertuduh pernah memukul pengadu.

Pengadu dan ahli keluarga lain berasa sangat terancam akan perbuatan suaminya membuat laporan untuk tindakan pihak polis seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada hari yang sama.

Hasil siasatan mendapati melakukan kesalahan jenayah dengan sengaja menakutkan pengadu dan merosakkan cermin almari perabot hingga menyebabkan kerugian sekitar RM200.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai sembilan rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah, ugut bunuh dan sengaja mencederakan orang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang Manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU