ARTIKEL

Gambar hiasan.

Lelaki di Jepun ditahan kerana cipta perisian hasad guna AI generatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO, Jepun: Polis Tokyo telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun kerana didakwa mencipta perisian hasad (malware) menggunakan alat kecerdasan buatan (AI) generatif yang tersedia dalam talian secara percuma, lapor Jiji Press.

Ryuki Hayashi dari Kawasaki, wilayah Kanagawa, selatan Tokyo, ditahan oleh Jabatan Polis Metropolitan kerana disyaki mencipta rekod elektronik tanpa kebenaran.

Menurut polis, hanya terdapat beberapa kes di mana tindakan penguatkuasaan undang-undang diambil ke atas penciptaan perisian hasad melalui penggunaan teknologi AI generatif.

Hayashi, yang mengaku bersalah atas tuduhan itu, dilaporkan berkata bahawa dia ingin “mendapatkan wang dengan mudah” dan percaya dia “boleh melakukan apa sahaja” jika menggunakan AI.

Hayashi disyaki mencipta perisian hasad itu pada Mac tahun lepas dengan menggabungkan reka bentuk program perisian hasad haram yang diperoleh melalui penggunaan alat AI generatif interaktif. – BERNAMA-JIJI PRESS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat