ARTIKEL

Lelaki di Miri berdepan hukuman gantung akibat dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah ditahan polis di sebuah rumah di Jalan Kampung Batu, Kampung Padang Merbau, sekitar jam 1.30 petang, di sini, hari ini.

Serbuan sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di lokasi menemui sejumlah 12 peket plastik lut sinar masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, suspek 37 tahun, telah ditangkap dan akan dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Prosuder Jenayah (KPJ) untuk tindakan siasatan lanjut.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kesemua dadah seberat 131 gram yang ditemui ketika serbuan tangkapan dilakukan terhadap suspek dianggarkan bernilai RM13,100.

“Suspek turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine hasil ujian saringan awal dilakukan keatasnya.

“Oleh itu, suspek ditahan dan akan disiasat di bawah bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan, Indonesia pada 3.46 petang tadi. Gempa 5.4 magnitud itu berlaku pada kedalaman 45

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil