Trending

Lelaki dicari berkaitan kes cabul, dipenjara enam bulan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PADAWAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan yang dicari bagi membantu siasatan kes cabul yang dilaporkan 2 November lalu.

Suspek berjaya ditangkap oleh IPD Padawan

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek telah dituduh di Mahkamah Kuching hari ini di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Kuching dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan

“Tertuduh mengaku salah atas kesalahan yang telah dilakukannya dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan bermula daripada tarikh ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada masyarakat awam yang telah menyalurkan maklumat penting kepada pihak polis sehingga tertangkapnya suspek yang dikehendaki.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru