ARTIKEL

Lelaki dicekup bersama dadah bernilai RM9,300

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu FOTO:FB

MIRI: Seorang lelaki tempatan dicekup polis bersama 93 gram dadah yang dianggarkan bernilai RM9,300 di sebuah rumah di Taman Bayshore Miri, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pasukan polis telah menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah pada 12 Disember sekitar jam 7.15 malam di sebuah rumah di Taman Bayshore Miri.

“Semasa melakukan pemeriksaan di dalam satu bilik tidur tingkat atas rumah tersebut, pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang kes disyaki dadah sebanyak 93 gram dianggarkan bernilai Rm9,300,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Kes telah disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Berhubung tangkapan dan rampasan ini juga, yang turut disita adalah sebuah kereta Proton Waja berwarna Perak dianggarkan bernilai Rm14,000.

Pihak polis juga ingin menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke Balai Polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta