ARTIKEL

Van yang digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan penyelewengan diesel ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Tun Jugah, Kuching hari ini.

Lelaki dicekup ketika leka isi diesel untuk diseleweng

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kegiatan seorang lelaki tempatan melakukan penyelewengan diesel terbongkar apabila ditahan dalam Ops Tiris yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, hari ini.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata suspek berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Tun Jugah ketika sedang membawa muatan 900 liter diesel dianggarkan bernilai RM1,935 menggunakan sebuah van.

Van yang digunakan suspek untuk menjalankan kegiatan penyelewengan diesel ditahan di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Tun Jugah, Kuching hari ini.

“Hasil pemeriksaan turut menjumpai tangki plastik berkapasiti 1,000 liter dan pam elektrik beserta hos,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, katanya kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan.

Beliau berkata sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan tidak
melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua, jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan.

Manakala, katanya jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara, Matthew berkata dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Ogos 2023, KPDN Sarawak telah menghasilkan sebanyak 167 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan nilai rampasan sebanyak RM10,069,143.27 dan nilai kompaun sebanyak RM 574,500.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan melalui WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, portal e-Aduan KPDN http://e.aduan.kpdn.gov.my , Call Centre 1-800-886-800 , e-mel (e-aduan@kpdn.gov.my), aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN dan Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

STU erat hubungan kerjasama dengan JPNS

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak (STU) buat julung kalinya mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Rabu lalu (29 Mei). Presidennya, Kullin Djayang berkata,

Penunggang motosikal maut bertembung kereta

SEBUYAU: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kereta di Jalan Kampung Seruyuk ke Sebuyau